Mereka hanya tinggal di dalam sebuah pondok rumah di hujung kampung. Ismail al Adawiy dn isterinya saban hari berusaha mencari ikhtiar untuk mencari makan minum mereka bersama ketiga2 anak mereka. Kerisauan mereka semakin bertambah apabila saat kelahiran anak mereka yg ke-4 kian hampir. Namun persediaan bagi menyambut bayi itu belum diuruskan lagi. Bahkan sehelai kain baru tiada, yg ada hanyalah kain di badan mereka itu.
Rabiatul Adawiyah telah diangkat menjadi salah satu wali Allah.
Hari itu telah tiba. Lahirnya seorang serikandi Islam. Ismail dan isterinya menyambut bayi itu dgn gembira namun mssih risau kerana tiada apa lagi yg masih disediakan. Tiada sehelai kain pun untuk menutupi bayi itu.
Isteri Ismail mencadangkan kpd suaminya untuk meminta pertolongan ke jiran2 mereka.
"In shaa Allah abang akan usahakan, namun jgnlah mengharap pertolongan selain drpd Allah." Ismail berkata.
Puas Ismail mengetuk pintu rumah jiran2 nya namun hampa jelas terlihat di wajahnya. Ada yg mencaci.
Pendek kata, dia tidak diberi even sehelai kain
Bayi itu dinamakan Rabiah yg bermaksud no. 4. Nama itu diambil kerana Rabiatul merupakan anak ke 4 dlm keluarga itu.
Semakin hari Rabiatul membesar dn hidup riang bersama ibu ayah dn kakak2 nya
Ujian pertama yg Rabiatul lalui adalah kematian bonda dan ayahnya.
Ketiga2 kakak Rabiatul mengesan Rabiatul tidak nampak sedih akan kematian insan tersayang mereka itu. Kakak2 nya mengatakan kpd nya bahawa tindakan Rabiatul itu tidak wajar.
Kemudian Rabiatul menjawab "Kakak2 ku yg dikasihi, sesungguhnya saya amat sayang kpd ibu dn ayah kita. Cuma kecintaan sy kpd Allah melebihi segala-galanya. Saya yakin hanya kecintaan mutlak kpd Allah , kita akan dn org sekeliling terselamat drpd api neraka di akhirat nanti".
Siang malam Rabiatul hanya berzikir kpd Allah tanpa mempedulilkan makan minumnya. Itu yg buat kakak2 nya risau. Namun mereka faham, hanya itulah yg mampu buat Rabiatul bahagia.
Ujian ke2⃣ Rabiatul.
Sejak kematian ayah dn ibu, mereka tiada sumber pendapatan. Mereka terpaksa berikhtiar lagi demi mendapatkan makanan.
Mereka berempat adik beradik pun bersetuju untuk ke kota mencari pekerjaan, kota itu adalah kota Basrah. Puas mencari kerja namun tetap hampa, semua orgnya kedekut dn berjimat cermat, tidak ingin mengupah pekerja. Ada juga seorg pakcik yg tdak mampu menawarkan mereka pekerjaan namun pakcik itu memberi mereka sedikit buah buahan sekadar mengalas perut dn menasihati mereka agar tdak merayau2 di kota itu. Mereka pun pulang ke pondok mereka semua di hujung kampung dgn mulut yg berzikir kpd Allah.
Pada suatu petang Rabiatul berjalan2 di lorong kota Basrah. Ada kebimbangan lahir dalam hatinya. Dia merintih kpd Allah, "ya Allah, musibah apakah yg Engkau berikan pada kali jni? Jika ia adalah untuk menunjukkan kasih Mu pada ku, aku rela".
Tiba2 ada pandangan Rabiatul gelap. Dia cuba membuka matanya namun pandangannya masih kabur. Dia masih rasa sakit kerana hentakan td masih terasa. Dia terdengar perbualan dua org pemuda.
Dia kena culik!
Penculik : mengapa kamu senyum wahai budak?
Rabiatul : aku bahagia sekali.
Penculik : apakah menjadi hamba abdi membuatkan mu bahagia?
Rabiatul : ini adalah ujian drpd Allah SWT dn sy redha. Sy yakin ini adalah cara Nya untuk menunjukkan kasih sayang Nya kepada saya.☺
Penculik itu mula sedar bahawa Rabiatul bukan lah org yg calang2.
Penculik : maafkan aku buat kamu begini namun ini shja la cara nya untuk sy mencari sesuap makanan.
Apakah masih ruang untuk org seperti ku bertaubat?
Rabiatul : pernahkah kamu melihat seluruh daratan dan isinya?
Penculik : tak.
Rabiatul : bagaimana dgn seluruh lautan dan isinya?
Penculik : juga tak.
Rabiatul : boleh kamu hitung jumlahnya?
Penculik : tak mungkin.
Rabiatul : maka ketahuilah oleh mu, keampunan Allah SWT kepada hamba-Nya melebihi segala yg ada di muka bumi dan isinya, malah segala yg ada di laut dan isinya.
Mulut Rabiatul terkumat kamit berzikir kpd Allah SWT. Walaupun fikirannya telah menerawang jauh memikirkan kakak2 nya yg akan risau terhadap dirinya.
Setelah sesi berjual beli, seorg lelaki gemuk bengis telah membeli Rabiatul Adawiyah. Penculik itu berat hati menjual Rabiatul kerana telah menganiaya gadis itu. Rabiatul tetap redha.
Penculik : maafkan saya. Sebelum kita berpisah, doakan lah semoga saya berubah. Sekiranya benar aku ada peluang, aku akan berubah dgn bersungguh2.
Rabiatul : Allah tidak akan mengubah nasib seseorg itu melainkan mereka sendiri yg memulakan perubahan itu. Kamu lakukan perubahan itu, nescaya Allah SWT lorongkan kamu ke jalan yg menuju cinta-Nya��
Semasa melangkah pergi bersama tuan barunya, Rabiatul menoleh ke blkng dn berkata kpd penculik itu "in shaa Allah, saya doakan kamu."