2 Aug 2013

Ramadhan 2013

Friday. Today is a last friday of ramadhan. Ouuuw , I don't wanna this ramadhan end too fast T_T

Hari ni ada perhimpunan dekat sekolah. Guru-guru tidak lupa untuk memberikan nasihat. I still remember how Ustazah Noor Fadiah said at class to us...

Ustazah : "Bulan ramadhan berakhir tidak lama lagi, apa persiapan kamu semua?"

Kami : buat kuih! beli baju raya! beli perabot! blablabla....

Ustazah : kelasssss, itu semua kan hanya perhiasan... maksud ustazah, apa amalan yang kamu semua mahu buat sebelum berakhirnya bulan ramadhan ni?

Saya : ustazah, jemaah dekat surau semakin kurang.. itu lah yg terjadi selalu nya kalau dekat-dekat mahu raya ni...

Ustazah : jangan tengok orang lain... diri sendiri, apa yang kamu mahu lakukan? banyak-banyakkan lah buat amalan baik, baca al-quran..berzikir... berusaha untuk mendapatkan ganjaran pada malam qadar tu...jangan melakukan perkara yang lagha(sia-sia) pada bulan yg mulia ini...

Selepas ustazah berkata demikian, aku terkedu... astaghfirullahalhazim.... Ya Allah, hina nya aku... kerdilnya aku... malunya aku kepada Mu.... semoga aku sentiasa di jalan yang Engkau redhai ya Allah....
*sila renung-renungkan*

Selepas guru-guru berucap, kami diberi peluang untuk bersalam-salaman sambil mengucapkan selamat hari raya kepada cikgu...dengan diiringi lagu aidilfitri... haha... terasa awal juga mood raya ni kan... tapi aku dah tak berapa suka hari raya ni.. sebab insan-insan yg disayangi sudah berada dengan Yang Tersayang... rindunya bersama mereka...

Malam ni bercadang nak tidur awal.... tapi terstuck pulaaa, (update blog punya pasal) hihi. Esok kami ada sesi penggambaran untuk Digital Story Telling (DST). InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusannya... Wish we best of luck guys ! **wink

p/s; sebelum tidur, baca doa. ^^



Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013