18 Jan 2015

Rabiatul Adawiyah Part 3

�� NYARIS

Suatu hari Rabiah diarahkan oleh tuannya ke pasar bagi membeli barang2 keperluan rumah tuannya. Semasa dalam perjalanan pulang, tidak semena-mena hati Rabiah berdebar kencang. Dia perasan ada susuk tubuh lelaki yg sedang mengekorinya.

"Ya Allah, apakah niat lelaki ini? Sekiranya baik niatnya, Kau permudahkanlah dan sekiranya sebaliknya, ku mohon perlindungan daripada-Mu." Rabiah bermonolog dalam hati.

Namun semakin laju langkah Rabiah, semakin laju juga lelaki itu menghampiri.

"Aku mesti lari sekuat hati. Kalau tak, buruk akibatnya," getus Rabiah lagi.

Tanpa diduga, "Ya Allah,.. sakitnya... ya Allah" Rabiah mengaduh. Rupa rupanya kakinya tersadung pada batu besar di tengah jalan.

Melihat Rabiah rebah terkulai, tanpa membuang masa lagi, lelaki tadi segera menghampiri Rabiah dan menerkam bagai harimau yg lapar. Sambil ketawa berdekah dekah dia berkata, "ke mana lagi kau mahu lahir wahai si cantik manis? Aku hanya mahu berhibur dgn mu sekejap saja."

Rabiah hanya membatukan diri tanpa jawapan. Dia sangat jelik dgn akhlak lelaki itu.

Apabila lelaki itu sedia melakukan maksiat terkutuk itu pada Rabiah, tanpa diduga segerombolan manusia dtg dari arah kampung berdekatan lalu mengepungnya.

"Tangkap dan pukul lelaki yg cuba memperkosa budak perempuan ini!" Laung seorg lelaki dgn perasaan yg marah. Mereka lantas mengepung lelaki itu dan akhirnya lelaki itu gagal melarikan diri walaupun mencuba. "Maafkan aku. Aku janji tak lakukan perbuatan ini lagi."

"Kami sudah tangkap kau dan  saksi yg menyaksikan perbuatan ku juga sudah cukup. Kau dihadapkan ke mahkamah, dan biarlah hakim yg tentukan hukuman berdasarkan undang2 syaraj. Walaupun kau sudah dihukum, namun taubat kpd Allah tetap diterima. Maka bertaubatlah." Kata ketua kampung itu.

"Maafkan aku. Aku berjanji berubah." Kata lelaki itu kpd Rabiah.

"Kemaafan aku hanya secebis sahaja. Pohonlah kemaafan drpd Allah yg Maha Pengampun. Sekiranya Allah sudah mengampunkan dosa kau, nescaya tak ada sebab untuk pintu kemaafan drpd makhlukNya ditutup."

Begitulah Rabiah, walau sejahat manapun org lain padanya, dia pasti membalas dgn semanis mungkin. Walau racun yg dihidang, nescaya madu yg dibalas.

Rabiah cuba menggagahkan dirinya untuk berjalan. Walaupun berjaya berdiri namun dia kelihatan menanggung kesakitan yg berat kerana tangannya patah. Seorang makcik membawakan kain lalu membalut tangan Rabiah. Selesai dirawat, Rabiah terus bangun meminta diri. Walaupun masih sakit, dia tetap gagahkan diri pulang ke rumah tuannya.

Sambil tersenyum Rabiah berlalu pergi sambil terhenjut-henjut. "Kalian memang org yg baik baik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas diri kita semua. Mungkin dgn sakit ini, saya lebih mengingati Allah. Mungkin kejadian ini berlaku kerana saya sudah lalai daripada mengingati Allah"

Setibanya dirumah,Rabiah sudah ditunggu oleh tuannya.

"Kau pergi mana? Sekarang baru balik?" Tengking tuan Rabiah. Dia menambah lg, "Kau akan dihukum supaya kelak menjadi peringatan!"

Rabiah hanya membisu.

"Kau ingat dgn tangan berbalut itu kami kasihankan kau? Sekarang juga pergi sediakan makan malam kami!"

Rabiah hanya menurut tanpa membantah.

"Malam ini kau tak dibenarkan makan sama sekali!"

Walaupun dihukum begitu, Rabiah tetap bahagia kerana dia menemui kekasihnya malam itu bagi mengadu nasib kpd yg Maha Mendengar.

"Saya pelik dn kagum kpd Rabiah. Walaupun tangannya patah dan kita hukum dia, dia masih mampu tegak berdiri melakukan solat sunat, membaca Al Quran dan berzikir kpd Allah sepanjang malam." Bisik si isteri kpd tuannya.

"Sejak dia bekerja dgn kita, tak pernah pula fia timbulkan masalah, melainkan meminta waktu bersembahyang saja. Yg lain pasti dia lakukan tanpa banyak soal."

"Apakah mungkin dia adalah wali Allah?"

"Apakah ada wali drpd kalangan wanita?"

"Mungkin saja, wali itu bermaksud org yg rapat dan dekat kpd Allah, tak kira lelaki ataupun wanita."

"Apakah ulama2 itu dikira sebagai wali Allah?"

"Tak semestinya kerana makam ulama itu dapat dicapai dgn banyaknya ilmu yg dipelajari, namun makam wali ini adalah suatu anugerah Allah kpd hambaNya yg terpilih sahaja."

"Kerana keikhlasan dan ketekunan dalam pengabdian kepada Allah?"

"Benar sekali. Bahkan sekiranya dilihat pada Rabiah, dia sering termenung seakan akan mengingati kekasih yg tak kunjung tiba. Sedangkan kita tahu dirinya tak pernah ada kekasih hati yg bernama lelaki."

"Sekiranya benar Rabiah itu adalah salah seorg wali Allah, maka celakalah kita nanti."

"Mengapa?"

"Bukankah doa para wali itu mustajab? Tidakkah terfikir olehmu sekiranya Rabiah mendoakan kecelakaan kita?"

Kedua2 mereka termenung kerana hati kecil masing2 dirundum rasa gelisah memikirkan apa yg mereka bincangkan tadi ada benarnya.

Bersambung....


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

Rabiatul Adawiyah Part 2


�� JUWARIAH

Setelah Rabiatul Adawiyah telah dibeli dgn harga 6dirham, lelaki gemuk itu membawa Rabiah pulang, dgn lantang dia bersuara "Isteriku, aku belikan juwariah sbgai hadiah kpdmu. Mulai hari ini tak perlu buat kerja2 rumah lg. Semua kerja rumah, serahkan shja kpd juwariah."

Setelah berkenalan dgn Rabiah. Mereka mentertawakan nama Rabiah. Entah apa yg lucu, Rabiah tidak mengendahkan.

Isteri : baiklah, mulai hari ini kau adalah hamba kami. Semua kerja dlm rumah ini adalah tugas kau dn kau perlu selesaikan. Jgn buat sesuatu sekiranya tdk diarah dan sekiranya kau mahu buat sesuatu kau perlu dptkan izin drpd kami dahulu.
Selepas beberapa lama bekerja di rumah lelaki gemuk itu dan isterinya, ternyata Allah SWT sudah tetapkan Rabiah menerima ujian yg hebat. Kedua2 tuannya itu tidak lain tdak hanya berhias dgn sifat2 buruk yg keji lagi tercela. Rabiah hanya menjadi mangsa kpd manusia yg fakir iman dn akhlak itu.

Keadaan Rabiah sungguh kasihan. Badannya kurus seakan sebulan tdak menjamah makanan malah kadang2 terdapat kesan lebam pada mukanya.

Di rumah itu, Rabiah terus membuat kerja tanpa menyoal dan merungut. Beliau tahu yg ujian ini hanya sementara. Ujian Allah SWT kpd nabi2 dn rasul2 terdahulu lebih hebat berbanding apa yg dialaminya skrg.

Kisah2 drpd Al Quran dn hadis menjadi motivasi buat dirinya. Mulutnya sentiasa terkumat kamit mengucapkan untaian zikir kepada Tuhan. Hatinya sentiasa dibulatkan kpd Sang Pencipta. Seluruh darah dan detik nadi hanya mengalir juga berdenyut pasa rasa ingat, rindu dan cinta kpd Allah SWT.

Rabiah bermunajat kpd Kekasihnya, "Ya Allah, aku tk kisah sekiranya seumur hidupku ini digelar hamba sahaja kerana tetap jua aku ini hamba kepada Mu. Aku juga tidak kisah sekiranya tidak lg bertemu dgn adik beradikku kerana tetap jua nanti kami berpisah dlm rela ataupun paksa. Namun aku tidak reda sepanjang hidupku diabdikan untuk makhluk Mu, aku tidak sanggup waktuku dihabiskan untuk hal dunia yg tentunya tidak kekal. Aku memohon peruntukan waktu hidupku demi keabdian diriku kpd Mu. Aku hanya hampa kerana kesibukan melayan keperluan dan arahan makhluk yg sama sahaja sepertiku. Aku hampir bazirkan lebih drpd separuh setiap hari ku. Alangkah indah dan manisnya sekiranya waktu2 ku dihabiskan bersama dengan Mu, Ya Allah. Harinya akan tiba, akan ku peruntukkan waktu hanya untuk Mu."

Tanpa disedari, munajat Rabiah sebenarnya sangat dekat dgn Allah SWT. Maka tidak hairanlah banyak peristiwa aneh yg berlaku kepadanya selepas itu. Kehidupan Rabiah juga berubah.

Bersambung...

��Semoga kita sama2 ambil pengajaran dgn ketawadukkan Rabiah dan bagaimana Rabiah bersangka baik dgn Allah menerima apa shja ujian yg Allah berikan kpdnya dgn redha. Redha itu apa? Redha itu bila Allah beri dan ambil sesuatu drpd kita, kita tidak bertanyakan 'mengapa'. ☺


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013