8 Apr 2019

Bebelan Cuti Sem 5


hai pembaca sendu di blog yang sendu. maybe blog ni aku akan update satu post per semester kot. hahaha. ok sekarang ni aku dalam semester 5 in diploma. dah seminggu lebih cuti sem. sekarang ni baki beberapa hari saja lagi. hmm...tengah fikir dalam beberapa hari ni macam-macam benda aku boleh buat tapi end up hari ni aku tak buat apa apa selain makan, mandi, layan socmed dgn begitu lama.

sepatutnya hari ni aku masuk kerja part time.. tapi aku tertinggal bas.. so... dengan itu aku telah mencutikan diri sendiri. haha.

ada baki 2 sem sahaja lagi sebelum aku tamatkan pengajian diploma dan sebelum tamat tu macam macam aku kena buat. entah la boleh atau tidak. berjaya atau tidak. life is so mysterious.

ohh...minggu lalu aku bawa Zara tinggal di hostel, seminggu jugak la. dalam seminggu tu kami cari kerja, pergi kerja, berhenti kerja. hahaha. end up dua dua duduk rumah main masak masak dan bercerita tentang masa lalu.. masa ni aku dapat simpulkan... mengakulah kita dah berkawan dengan dia selama soploh doploh tahun sekalipun tapi kalau tak pernah duk sebumbung... kita takkan kenal dia itu siapa.

macam hari tu entah macam mana kami tengah berbual tentang adik beradik edition... Zara baru tahu yang aku ada empat abang... dia ingat ada sorang jek. haha. aku baru perasan yang aku ni secretive tahap melampau. dan sebab itu juga lah aku terasa sangat susah nak ubah perangai tu sekarang...sebab lambat laun...aku tak boleh hidup terlalu misteri sangat. dah tiba masanya aku open myself sikit, tak janji aaa. aku try. hehehe.

Bersyukur Zara datang teman aku sini.. atleast dapatlah belajar masak mee basah dengan dia. aku ni hantu mee basah. sedapp ya ampunnn. lepas tu kami banyak spent time dengan small and silly talks. kadang deep talks. haha aku nak quote katakata dia tak mampu dah sebab tak ingat. aku nak catat tapi kang dia pelik...

Zara ni suka gurau kasar dengan aku dulu. paling kasar pernah aku dapat, dia tinggalkan aku kat tepi jalan... huhu. tapi sekarang dia pula yang banyak bersabar dengan perangai aku yang blurred. ulang suara kena dua tiga kali baru aku faham. aduh i'm sorry zara. hahaha

ok so... esok aku kerja part time lagi. huhu. ya Allah kena semangat nih. aku sebenarnya nak sangat kerja part time sejak sem pertama dulu tapi tak dapat dapat... sekarang ni bila dah merasa kerja, fuhhh kena banyak sabar. haha.

semoga Allah berkati.

k bye.





Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013