5 Jan 2014

Perancangan Awal untuk SPM

Assalamualaikum wbt...

Fuhh,, alhamdulillah.. Semua kerja berjaya disiapkan... Huhu...

So, sekarang pula saya ingin meringankan jari jemari ini menaip sesuatu dekat belog hijau ni. Eheee.

Sudah sedia maklum, tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di sekolah menengah, dan juga merupakan Calon SPM 2014, oleh itu aku ingin memanfaatkan masa yang kian singkat ini habis-habisan..

Aku buat list perancangan aku untuk tahun ni...antara nya ialah...jengjengjeng..! Haha

1) belajar sejam sehari

2) banyakkan membaca

3) bersukan setiap hujung minggu

4) mengamalkan pemakanan yang seimbang, ini kerana, sebelum ni aku tidak makan sayur semua tu, i love green but i hate to eat green. Haha

5) solat solat dan solat! Kalau boleh bangun tengah malam solat sunat tahajud..insyaAllah...

6) banyakkan latih tubi, sebagai persediaan awal untuk SPM.

7) kuasai semua topik dan subjek

8) aktifkan diri dalam kokurikulum mahupun kurikukum

9) baik dengan semuaaaaaaaa orang

10) jimatkan perbelanjaan

InsyaAllah, saya akan penuhi semua perkara dalam senarai ini.. Huhu.. Anda semua doakan lah kejayaan saya, hehe.. Tp antara 10 perkara dalam list tu, no. 10 tu agak ... Agak...agak payah sikit untuk dilaksana kan,.. Haha...

Apa apa pun, marilah kita sama sama tetapkan hati kita agar segala perbuatan adalah ikhlas kerana Allah SWT.. Semoga urusan kalian juga dipermudahkan olehNya ^^

Motto aku tahun ni : BE SMART AND HUMBLE



Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

4 Jan 2014

FWPP's Poem #2 : You Choose

This poem i wrote for my beautiful poetry friend, Nuro Arie.
Enjoy ^^



You has two
Beautiful eyes
To see
You have been endowed
Dancing little finger
On the paper

They have one
Beautiful heart
To read
They have been deserved
They wouldn't linger
A criticsm for life

That's just what they are
But don't you worry dear
People is like a rainbow
Choose the cloudless one

Don't think
Just write

-fwpp-
20th Dec 2013 ; 2315h

Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

FWPP's Poem #1 : Wishing a Never-ever Land

Di sini
Mentari menyinar,
Nafkah.
Bebola suria melabuhkan tirainya,
Istirahat.

Di sini
Indah, semua nya indah
Tiada kerisauan yg bertandang
Hanya menikmati masa yg terbuang
Tanpa menghiraukan kerisauannya

Di sana
Mentari menyinar,
Menanti.
Bebola suria melabuhkan tirainya,
Berharap.

Di sana
Kelam, semua nya kelam
Risau menyelubungi diri
Hanya meneruskan hari hari
Tanpa harapannya

Inilah dunia yang ku cipta tanpa sedar
Suatu hari nanti
Di sini menyesal
Mohon di sana maafkan diri ini
Suatu hari nanti
Minta maaf semua di atas kekecewaan
yang aku lakukan

Kadang kadang
Aku terperangkap dengan dunia
yang ku sendiri cipta tanpa sedar
Kerana betapa peritnya kenyataan itu
Aku tak sanggup
Berpijak di bumi Tuhan yg Maha Esa

Berdoalah kepada-Nya




Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013