15 Nov 2018

sem 4 break. tentang sederhana. niqabis me.


bismillahirrahmanirrahiim. allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala aalihi wa shohbihi ajma'in.
status panjang meleret alert!
sebelum ini saya ada repost status dan meletakkan kata "bersederhana ya.."
mengapa mesti bersederhana?
Habib 'Ali Zainal Abidin (hafizhohullah) pernah berkata, "Bersederhana lah dalam mencintai dan membenci. kerana boleh jadi suatu hari nanti sesuatu/seseorang yg kita cinta itu bertukar menjadi kita benci, begitulah juga sebaliknya."
saya rasa saya dah pernah kena setepek. sebab dulu saya pernah question, atau pertikai, mengapa memakai niqab. mengapa perlu pakai hitam dari hujung kaki hingga ke hujung kepala? jawapan yang saya selalu dapat dari orang-orang, "kerana mereka tidak mahu di lihat. kerana pakaian yg berwarna warni itu menarik perhatian orang lain untuk memandang mereka."
"oh really?" masih tidak puas hati. maka saya pertikai lagi..
"Jika begitu, memakai serba hitam pun menarik perhatian, bukan? kerana mereka kelihatan asing, lain daripada yg lain. secara tidak langsung, dah menarik perhatian orang. seperti sekarang ini.." namun itu hanya dalam benak sahaja, hal yang saya belum mengerti, saya tidak akan pertikaikan dengan suara. bak kata matluthfi, "hatred out of ignorance is an arrogance." but it does not mean i hate niqabis, i was just wondering why and why. pakai serba hitam, berniqab pula, dalam keadaan cuaca malaysia yg terutamanya bila musim panas, tidak kah itu menyusahkan diri?
tak lama mana pun, selepas beberapa waktu itu.. i don't know how, tadaa, I have become one of them..them, yang i once said why kena pakai serba hitam, why pakai niqab, pakai tudung pun dah cukup panas, inikan niqab, - itu. saya pakai dengan tanpa kerelaan tapi harus pasrah. masih ingat lagi masa tu mami Imtiyaz Puteh DeaLova yg pujuk.
tidak rela, tapi harus pasrah. sebab itu islam, bermaksud berserah. waktu itu, saya fikir, baiklah, berserah means berserah total. no turning back. dah pilih jalan ini, serah betul-betul. unless, ada waktu beberapa minit, sempat lagi berundur jika mahu. (sbb masa tu tengah tunggu ustazah Ammatullah hafizhohallah) fetch up kami di terminal bas. (panjang pula nanti bila cerita bab ini) haha, but the point is, di situ lah titik permulaan - tarbiyah - tentang bersederhana.
ramai orang fikir segala keputusan/tindakan yg saya pernah buat itu agak drastik dan ekstrimis. sama ada face to face ataupun di media sosial secara pm. entah ini fb ke berapa saya tukar, sebab mahu mengelak dari orang-orang yg menebarkan aura-aura negatif. jika saya ceritakan dari aaaawal cerita hijrah, boleh buat buku ni,  hanya saja waktu mula-mula hijrah saya tak beritahu orang sangat, saya tak tonjolkan diri sangat, hanya orang yg kenal dan rapat sahaja yg tahu. namun sampai bila hidup sembunyi-sembunyi macam tu kan..lama-lama orang pun tahu, maka sebab itu lah orang pun - "wow drastik sungguh perubahan awak!" hshshs.
namun, saya tidaklah benci atau marah dengan mereka. hidup ini simple, tidak suka, tinggalkan. ada hal lain yang perlu kita concern, iaitu pembaikan diri. instead tengok salah orang lain terhadap kita. kadang, bukan kadang, memang akan selalu, orang tak akan faham unless mereka berjalan atas kasut kita. namun tidak disangkal, ada juga yg mendoakan. yg berkata baik-baik dan supportive.
tapi itulah, hidup ini tidak perlu bergantung kepada pujian atau cercaan drpd manusia. sesekali kita tak akan mampu berkuasa memuliakan atau menghinakan darjat seseorang. hanya Allah Subhanahu wa ta'ala yang Maha Berkuasa melakukan sedemikian. so why bother why bother bak kata Azmin Ali. tak perlu bother pun, jika pujian, anggap sahaja itu doa seseorang kepada seseorang. kadang2 orang puji kita, namun hakikatnya kita sendiri tahu diri kita macam mana, so amin kan je lah. jika hinaan, jangan dibalas. diam. belum tentu hinaan nya benar, kadang mungkin juga benar. muhasabah diri.
suka untuk saya kongsi jawapan daripada kak Fynn Jamal bila orang pertikai kenapa kena pakai niqab, pakai stokin, pakai syari'e.. "awak pakai camni lagi buat orang nak pandang awak. kan lagi dosa."
kak FJ kata "pandanglah all you want. yang kau nampak memang kayu roll kain bergerak kibar je. and who do you think those perverts imagine when they look at us? you who displays."
saya agak bersetuju. umpama orang yg mengajukan soalan itu adalah saya yg beberapa tahu yg lalu. dan jawapan itu saya dapati ketika dalam proses menerima pakaian syari'e itu sendiri. see, we would not understand something until we go through it. every experiences that I was into, had it every answers. and if I write this every experience, could be another book, haha just kidding (no i won't because i know my level of laziness haha)
maksud kak FJ "you who displays" tu semoga faham. bukan nak kata yang tak berniqab tu yg displays. huhu faham2 sendiri la. kalkulatornya ibarat begini, percaya Al Quran, maka percaya keseluruhan ayat-ayatnya. bukan separuh-separuh. maka, percaya juga dengan surah annur ayat 31, which is ayat perintah ini lead to practical in our lives as a muslim women.
berniqab itu pilihan. semestinya tidak akan terpilih, jika itu yang terbaik buat seseorang individu.
namun perintah-perintah wajib itu tak ada pilihan. kerana itu yang terbaik untuk setiap individu. percayalah.
I was annoyed with the all black, was annoyed with the niqab, but now, I am the one who wearing it right now. I fell in love (lillah) with this syari'e. because of one question. Allah guides me and gives me the answer. May Allah may always will, until my last breath.
with only just a small cloth on my face, Allah made me go through a lot of things, to some people may be not that much, but for me, it was so precious till i thought why laa tak pakai in syari'e sejak awal-awal dulu  even somehow i thought i wanted to off this niqab but alhamdulillah, Allah still gives me those strenght, may Allah will always will. until my last breath.

fwpp,
a niqabis since baby, lol (since 2015)
16/11/2018, KUL.


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

Sem-3 Break

memang update blog ni waktu-waktu cuti sem jak. haha
so guys, it's still ramadhan now. it is 2days left in syaa Allah. semoga kita dapat lalui ramadhan ini dengan jaya, walaupun hmm entah lah, i did not know what i have been doing lately.ncbcbcbc cb b bn nb nb nb


ini draf sem 3 tau. post je. haha
Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013