20 Jan 2018

After a Long Time, It's 2018 Now

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Allahuma Solli 'ala Muhammad. Selamat berhujung minggu semu..aa... err saya tak pasti ada reader atau tiada. haha 
setelah sekian lama blog ini terbiar terusang terbelangkalai hehe. last post 2014 kan? ke 2015? huhu. sekarang dah 2018? huhuhu maka berhuhu lah kita.


sebelum ni datang juga melawat-lawat blog ini, tapi tak post apa apa pun. saya banyak buat posting di instagram atau pun status whatsapp. terasa seperti rugi pulak tak buat posting di blog sebab bila buka blog ini boleh lah kenang-kenangkan kisah lalu. boleh bezakan diri antara dulu dan sekarang. berubah banyak mana. 


zaman sekarang ni? adakah lagi yang ingin membaca blog? itulah yang bermain di fikiran. kalau takda, lebih baik buat posting di medium yang majoriti orang guna. instagram contohnya.
tapi bila fikir semula, macam sayang pulak abaikan blog yang saya buat sehari semalam ni hahaha. teringat dulu gigih tengok tutorial apa semua semata-mata mahu hasilkan satu blog yang menarik dan comel giteww. hehe

dan bercita-cita mahu jadi blogger terkenal. LOL.


ada juga beberapa post dalam blog ini saya dah delete. antara sebabnya, mungkin post itu merapu-rapu, tak matang, dan penulisan yang tak sepaptutnya saya baca semula sebab nanti...fuhh. haha tapi bila baca tajuk-tajuk post yang dah padam tersebut.... macam menyesal pulak delete. mahu tahu juga lah apa yang saya tulis. haha lol obses dengan tulisan sendiri hahaha.
oh, saya cerita secara ringkas sahaja lah apa yang terjadi selepas SPM pada tahun 2014.
kalau perasan ada status 2014 yg masih lekat di sipi-sipi blog ni huhu. saya pun dah terlupa macam mana nak buang widget tu haha. 


so, saya minta mudah-mudahan saya dapat 9A kan?
namun rezeki Allah itu luas. alhamdulillah saya tak dapat banyak A sangatlah. tapi bolehlah. tak tercapai 9A tu sebab saya tahu saya ni memang lembab dalam subjek sains tulen. haha tapi orang kata, "shoot for the moon, eventho you didn't get the moon you will get the stars" maka itulah yang saya dapat, Allah bagi bintang-bintang nya..huhu syukur bukan taik bintang haha.


maka dengan keputusan SPM, saya telah dapat panggilan UPU di UNISZA, kos TESL. Subjek bahasa inggeris memang subjek kegemaran. Memang peluang untuk saya kembangkan lagi minat tersebut dengan mendalaminya. Kemudian saya dapat panggilan untuk mengikuti program A-Level untuk bidang Undang-undang di University of London. saya boleh lihat masa depan saya, rasa macam wow cerah sungguh, haha, sebab waktu Form 4 saya suka dan berminat serta bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. hek. tapi kena ikut peperiksaan dan lulus A-Level dulu, dan orang kata, memang struggle lah a-level ni. Such an oppurtinity! Tawaran ke tingkatan 6. errr masa ni saya tengah desperate mahu keluar dari daerah, kalau boleh negeri. sebab macam bosanlah dari kecil sampailah usia 17tahun ni asyik di tempat yang sama huhu. so saya takkan ambil form 6. (walaupun sebenarnya luar negeri pun ada form 6 haha) plot twist, saya tak mahu dalam sekolah. i want to leave school things so bad hahaha. KTD... dan lain-lain lagi.


tapi mahu tahu apa? saya tidak pergi pun. saya tidak terima semua tawaran-tawaran tersebut. mungkin orang akan kata, "rugi gilaaaaaaa" ha'ah.. dah pernah dengar dengan telinga sendiri huhu. tapi saya senyum sahaja. tak perlu kata apa apa, eh hehe.


so sejak 2015 hingga 2018 ni... saya buat apa?

fuhh panjang ceritanya.

kalau rajin saya type ler, kalau tak rajin faham-faham sendiriwww lerr. hehe
saya ingat mahu keluar sebentar. cari makan tapi tak tahu lah mahu makan apa. sejak kelmarin saya tak makan nasi lol. survived juga rupanya. huahua.


alhamdulillah.
k lah, ada masa ada rezeki ada jodoh, jari jemari saya akan menari-nasi disini.
till then, bye!
have a nice weeekend :)


P/s : aku main publish je ni, tak reti dah nak cantik-cantik dan hias-hias bagai. xD

Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013