14 Nov 2013

Cerdas Intelektual, Gagal dalam Pekerjaan?

Assalamualaikum...

Manusia hidup adalah manusia yang memiliki sikap yg bertanggungjawab dan sanggup melupakan kesenangan yg sementara demi masa depan yg lebih panjang lagi. Bak kata peoatah, 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian' menjadi moto hidup. Pemikiran seperti ini sukar dimiliki oleh remaja bahkan org dewasa zaman sekarang.

Mereka tidak tahu makna kehidupan, tidak tahu erti kesabaran, dan tidak tahu erti kesabaran.

Pemikiran seperti ini bertambah teruk apabila mereka memasuki alam persekolahan yg mementingkan kecerdasan intelektual. Mereka berlumba-lumba mencapai tahap pendidikan yg tinggi. Sekolah hanya mementingkan kecerdasan intelektual dan tidak mempedulikan kecerdasan emosi apatah lagi rohani. Kebanyakan ibu bapa juga mempunyai pemikiran yg sama dgn sekolah. Ibu bapa gembira sekiranya anak mereka mencapai kejayaan yg cemerlang dalam peperiksaaan dan sanggup memberi mereka hadiah. Sebaliknya, ibu bapa tidak pernah memberikan penghargaan yg sepatutnya bg anaknya yg mulai berkomunikasi dgn sopan santun, sabar, jujur, dan berdisiplin. Hal ini menjadi sesuatu yg biasa dan kerana itu tidak dianggap sbgai pembentukan anak.

Pelbagai peristiwa terjadi di hadapan mata menunjukkan kita berada di zaman yg membuktikan kecerdasan intelektual kurang berperanan dalam kejayaan individu.

Di sini kita mempunyai 2 mahasiswa yg bernama Penn dan Matt.

Penn adalah seorang mahasiswa yg cemerlang dan kreatif. Beliau memenuhi syarat yg ditetapkan di universiti. Masalah yg dihadapi oleh Penn adalah dia sedar dia mempunyai sikap luar biasa. Oleh sebab itu, seperti kata seorang profesor, mahasiswa ini, 'luar biasa tetapi sombong'. Penn memang hebat tetapi tidak disukai oleh org lain, terutamanya dgn individu yg sepatutnya bekerjasama dgnnya.

Meskipun begitu, markah peperiksaan bertulis Penn begitu mengagumkan. Selepas lulus, Penn menjadi buruan utama semua perusahaan. Pelbagai perusahaan terkemuka dlm bidang berkaitan menawarkan temu duga bekerja dan dia sememangnya adalah yg terbaik. Namun, kerana keangkuhannya itu hanya satu perusahaan yg menawarkan Penn pekerjaan. Itu pun perusahaan kelas kedua.

Matt seorang mahasiswa di universiti yg sama jurusan dgn Penn. Secara akademik, Matt bukan yg cemerlang. Namun begitu, dia pandai bergaul sehingga disukai oleh setiap org yg bekerjasama dgnnya. Selepas lulus, Matt diterima bekerja oleh 7 daripada 8 perusahaan yg ditemu duganya. Matt terus berjaya dlm bidangnya, sementara Penn dipecat walaupun baru 2tahun bekerja di perusahaan pertama yg menerimanya.

Matt mempunyai kecerdasan emosi, sedangkan Penn tidak. Matt ternyata tidak hanya memiliki kecerdasan emosi tetapi juga kecekapan emosi. Kecerdasan emosi menentukan potensi individu dalam mempelajari ketrampilan praktikal yg dapat dibahagikan kpd 5 unsur iaitu kesedaran diri, motivasi, pengurusan diri, kebolehan diri dan kecekapan berkomunikasi dgn org lain. Kecekapan emosi individu menunjukkan berapa banyak potensi kecerdasan emosi mampu diaplikasikan di tempat kerja.

SUATU HARI, SETIAP ORANG AKAN MENGHADAPI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN YANG PERNAH DIBUATNYA.

I want to share something from my biology teacher.



Bersama kita renung-renungkan... ^^





Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

Chocolate Lover Cake

Bahan A (kek coklat)
10 biji kuning telur.
5 biji putih telur.
80 gram gula pasir.
12 gram ovalet.
60 gram tepung gandum.
20 gram serbuk coklat.
20 gram tepung jagung.
110 gram mentega (cairkan)

Bahan B (coklat ganache)
325 gram coklat masakan (perhatian: tidak boleh guna coklat biasa seperti cadburry)
60 ml susu cair.
200 gram mentega.

Bahan C (campur menjadi satu)
200 gram gula pasir.
400 ml air panas.

Cara-cara membuat :

1. BAHAN A :
- ayak tepung gandum, serbuk coklat & tepung jagung ke dalam satu bekas, asingkan.
- putar telur, gula & ovalet dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
- kalau sudah kembang, masukkan campuran tepung gandum tadi sedikit demi sedikit sambil diputar sehingga rata.
- then, tuangkan mentega cair, gaul perlahan dengan menggunakan spatula hingga rata.

2.
- tuang ke dalam 3 buah loyang yang berbentuk hati atau 'love' ( tidak guna loyang bentuk hati pun xpa hehe ) yang telah dilumur dengan sedikit marjerin.
- bakar dalam oven pada suhu 170 darjah selama lebih kurang 15 minit hingga masak.
- kalau nak tahu macam mana kek tu dah masak atau belum, cucuk dengan toothpick, kalau toothpick yg di keluarkan setelah di cucuk tadi adalah bersih, maka kek tu dah masak sepenuh nya :)


3. BAHAN B :
- cairkan susu dan coklat masakan menggunakan kaedah 'double boiler'.
- dah cair, masukkan mentega, gaulkan sehingga rata.
- angkat dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk.
- putar menggunakan kelajuan tinggi sehingga kembang.

4. 
- ambil sebiji kek, sapu dengan Bahan C, lepas tu lapiskan lagi dengan coklat ganache.
- tutup dengan sebiji kek dan sapu semula dengan Bahan C dan coklat ganache.
- lakukan cara yg sama hingga menjadi 3 lapis.
- simpan di peti sejuk sehingga ia agak keras.

5. Hiasan :
- keluarkan kek daripada peti sejuk tadi, sapu seluruh permukaan kek dengan coklat ganache, hias mengikut kreativiti.

Semoga ini membantu anda dan selamat mencuba ^_^


Anda yang comel, Like and Comment please ^_^

All Copyright Reserved by Fiona W/FWPP 2012-2013